Search
Close this search box.

_

PENGERUSI PRASARANA PUAS HATI DENGAN OPERASI MRT

SUNGAI BULOH, 2 Jun – Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman, yang membuat lawatan kerja ke Depoh MRT Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) hari ini, menyuarakan rasa puas hati dengan operasi perkhidmatan rel berkenaan, yang akan meraikan ulang tahun ketiga bulan depan.

Dato’ Sri Tajuddin, yang dilantik sebagai Pengerusi pada 11 Mei lepas, turut menyatakan keyakinan untuk perkhidmatan berkenaan untuk terus berkembang maju. Mengendalikan secara purata 204,821 penumpang sehari sebelum penguatkuasaan arahan Perintah Kawalan Kawalan (PKP) pada Mac lepas, perkhidmatan MRT SBK pernah mencatat jumlah penumpang sehingga 250,467 sehari pada tanggal 31 Disember 2019, yang merupakan catatan tertinggi jumlah penumpang sehari setakat ini.

Dibuka untuk fasa pertama pertama pada 16 Disember 2016 sebelum operasi penuh pada 17 Julai 2017, perkhidmatan MRT SBK, yang dikendalikan oleh Rapid Rail, telah melaksanakan cemerlang inisiatif-inisiatif baru menangani penularan wabak COVID-19 khususnya memperkenalkan amalan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen serta pelbagai norma baru dalam penggunaan pengangkutan awam di negara ini.

Memulakan program hari ini dengan menaiki tren daripada Stesen MRT Semantan untuk ke Stesen Kwasa Damansara, Dato’ Sri Tajuddin turut menguji kelancaran perkhidmatan bas perantara Jom Naik MRT dengan menggunakan perkhidmatan berkenaan daripada Stesen Kwasa Damansara ke Depoh.

Selepas taklimat tertutup oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Encik Abdul Hadi Amran dan Ketua Pegawai Operasi MRT SBK, Tuan Haji Azmi Mohd Zain, Dato’ Sri Tajuddin meninjau kerja-kerja di Pusat Kawalan Operasi dan kawasan worksyop untuk kerja-kerja penyelenggaraan tren sebelum mengadakan sesi sidang media dengan para wartawan dan stesen-stesen TV.

Dato’ Sri Tajuddin, yang melawat Depoh Bas Rapid Transit – Laluan Sunway pada 22 Mei lepas, kini dalam proses familarisasi dengan perkhidmatan-perkhidmatan kendalian Kumpulan Prasarana, yang turut meliputi perkhidmatan LRT dan monorel; perkhidmatan bas henti-henti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Perak serta perkhidmatan Feri Pulau Pinang.

Language:

Search