Search
Close this search box.

_

PENCEROBOH MAUT DI STESEN LRT PBP

PUCHONG, 1 Ogos – Seorang lelaki berbangsa India yang menceroboh Stesen LRT Pusat Bandar Puchong semalam ditemui mati kira-kira 50 meter dari stesen oleh kapten tren pagi ini.

Mengikut rakaman kamera litar tertutup (CCTV), penceroboh dilihat memasuki  kawasan stesen yang telah menamatkan operasi pada sekitar jam 12:29 pagi. 

Penemuan mayat pada sekitar jam 7:24 pagi ini telah memberi sedikit ganguan  kepada operasi tren Laluan Sri Petaling apabila bekalan eletrik ke laluan tersebut dihentikan seketika untuk memudahkan pihak polis mengalihkan mayat. 

Punca kematian masih disiasat pihak berkuasa, dan perkhidmatan tren kembali  beroperasi seperti biasa pada jam 9:03 pagi.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App