_

PENAMBAHAN TIGA ZON RAPID KL ON-DEMAND BERMULA 17 APRIL 2025 

 KUALA LUMPUR, 15 April 2025 – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL dan bas perantara MRT bakal memperkenalkan dua (2) zon baharu dan satu (1) zon sedia ada yang akan diperluaskan kawasan liputan bagi perkhidmatan Rapid KL On-Demand bermula 17 April 2025. 

Tiga zon tersebut adalah seperti berikut:  

ZonJumlah VanAplikasi Tempahan
Terminal Puchong Utama – Puchong Prima3Trek Rides
PJ Sentral – Seksyen 7 & 17 4MOBI
MRT Bandar Tun Hussein Onn – Taman Desa Baiduri3MOBI

Bagi zon Terminal Puchong Utama – Puchong Prima, warga sekitar Puchong dapat menikmati lebih banyak pilihan pengangkutan ke kawasan sekitar, selain memudahkan lagi sambungan perjalanan untuk ke Stesen Puchong Perdana.

Bagi penduduk di sekitar Balakong, Rapid KL On-Demand di zon MRT Bandar Tun Hussein Onn – Taman Desa Baiduri memberikan manfaat kepada penduduk sekitar untuk meneruskan perjalanan dengan kesalinghubungan ke perkhidmatan rel Rapid KL.

Manakala bagi zon Asia Jaya yang sedia ada, ia akan dijenamakan sebagai zon PJ Sentral – Seksyen 7 & 17 dan merupakan penambahbaikan serta penggantian dari laluan T786B (LRT Asia Jaya – MRT Phileo Damansara) di mana kawasan liputan akan lebih meluas serta lebih banyak hentian yang disediakan bagi memberi lebih banyak pilihan hentian kepada para pengguna sedia ada dan menarik lebih ramai pengguna baharu dari kawasan sekitar untuk mencuba perkhidmatan ini.

“Untuk semua zon baharu yang akan dilancarkan pada 17 April ini, sejumlah 10 buah van akan digunakan dalam operasi harian. Penetapan jumlah van bagi setiap lokasi adalah berbeza mengikut kajian serta keperluan bagi kawasan tersebut,” ujar Ku Jamil Zakaria, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus.

Sehingga bulan Mac 2025, perkhidmatan ini telah beroperasi di 37 buah zon sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang untuk memberikan capaian perkhidmatan kepada para pengguna dan dan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitar, terutama sekali di perumahan yang tiada capaian perkhidmatan bas. Bagi bulan Mac sahaja kadar purata pengguna harian seramai 4,753 orang dicatatkan. 

Menawarkan jaminan tempat duduk yang boleh ditempah setiap hari dari jam 6.00 pagi sehingga 11.30 malam, dengan tambang promosi RM1.00 untuk setiap perjalanan. 

Pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan

  • Kad Touch ‘n Go
  • Kad debit atau kredit
  • Kad Konsesi MyRapid
  • Pas Perjalanan OKU Smile
  • Pas Perjalanan Tanpa Had (My50, MyCity & Pas Famili)

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, pengguna boleh melayari media sosial rasmi Rapid KL atau laman web www.myrapid.com.my 

Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App

Language:

Search