Search
Close this search box.

_

PEMINAT DISARAN GUNA RAPID KL UNTUK KE MAJLIS PEMBUKAAN SUKAN SEA

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Para peminat sukan yang berhasrat untuk menyaksikan acara pembukaan temasya Sukan SEA ke 29 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan LRT dan bas Rapid KL.

Sebagai Penyedia Pengangkutan Awam Rasmi KL Games 2017, Rapid KL, yang mengendalikan operasi MRT, LRT, monorel, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas henti-henti sekitar Lembah Klang dan Selangor, telah mengatur pelbagai inisiatif bagi memastikan keselesaan untuk orang ramai berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memeriahkan acara pembukaan rasmi temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Dalam satu kenyataan media, Rapid KL menyarankan orang ramai datang ke Kompleks Sukan Nasional Jalil dengan menaiki tren LRT Laluan Sri Petaling dan turun di Stesen LRT Bukit Jalil, yang kini mempunyai laluan siarkaki berbumbung dari stesen ke stadium berkenaan.

“Laluan LRT Sri Petaling berintegrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya di Putra Heights dan Masjid Jamek. Laluan LRT Ampang, yang berhubung Laluan LRT Sri Petaling di Chan Sow Lin, pula berintegrasi dengan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang di Stesen Maluri untuk terus ke Bukit Jalil.

“Laluan LRT Sri Petaling juga mempunyai stesen sambungan dengan KTM Komuter Laluan Seremban di Stesen Bandar Tasik Selatan, yang juga dihubungkan dengan Terminal Bersepadu Selatan, yang mempunyai kompleks parkir bertingkat yang selesa.

“Anda juga boleh meletak kenderaan di Parkir Bertingkat Stesen LRT Gombak dan LRT Ampang dan beberapa stesen-stesen utama lain bagi enggunakan perkhidmatan LRT untuk terus ke Kompleks Sukan Bukit Jalil. Stesen LRT Bukit Jalil akan dibuka sehingga 1 pagi. Walaupun stesen-stesen lain sudah ditutup ketika itu, laluan keluar di semua stesen LRT, MRT, monorel dan BRT-Laluan Sunway akan dibuka untuk para penumpang keluar,” tambah kenyataan itu.

Alternatif lain yang disediakan oleh Rapid KL untuk datang ke majlis pembukaan temasya sukan berkenaan adalah adalah perkhidmatan bas khas.

Di bawah perkhidmatan khas bersempena dengan majlis pembukaan berkenaan, Rapid KL menyediakan perkhidmatan ekspres dari tujuh lokasi dengan harga tambang RM3 dan RM5 untuk sehala.

Lokasi-lokasi berkenaan adalah :

  • Terminal Jalan Reko, Kajang (RM3) 
  • Ampang Point, Ampang (RM3) 
  • Greenwood, Gombak (RM5) 
  • Hentian Bandar Shah Alam (RM5) 
  • Hentian Bas KLCC (RM3) 
  • Platform C, Pasar Seni (RM3) 
  • Hadapan NU Sentral, KL Sentral (RM3) 

“Operasi untuk masa pergi adalah antara 5 petang dan 8 malam; dan perkhidmatan untuk masa pulang adalah antara 10.30 malam hingga 1 pagi,” kata kenyataan berkenaan.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App