Search
Close this search box.

_

PEMERIKSAAN PERAKUAN BOMBA AKAN DIJALANKAN DI BEBERAPA STESEN MRT LALUAN KAJANG PADA 21 DAN 22 OGOS 2024

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan MRT Laluan Kajang ingin memaklumkan bahawa satu Pemeriksaan Perakuan Bomba oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBPM WPKL) akan dijalankan di beberapa stesen MRT Laluan Kajang pada 21 dan 22 Ogos 2024.

Inisiatif ini adalah hasil kerjasama bersama JBPM WPKL dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) selaku pemilik asset bagi memastikan kesemua sistem pencegah kebakaran yang ada di stesen-stesen MRT ini berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kecemasan dan mengenal pasti protokol keselamatan kebakaran yang berpotensi untuk diperbaiki.

Ini juga adalah usaha yang berterusan daripada semua pihak yang terlibat bagi menyediakan perjalanan dan persekitaran yang selamat untuk pengguna Rapid KL.

Pemeriksaan secara menyeluruh ini akan dilakukan selepas tamat waktu operasi perkhidmatan iaitu bermula jam 12.00 tengah malam sehingga jam 4.00 pagi.

Berikut adalah jadual Pemeriksaan Perakuan Bomba tersebut serta stesen-stesen yang terlibat:

Penduduk yang tinggal di kawasan sekitar stesen terlibat dinasihatkan agar tidak panik apabila mendengar penggera kebakaran dibunyikan. Ia adalah sebahagian dari aktiviti Pemeriksaan Perakuan Bomba yang dijalankan pada lokasi, tarikh dan waktu yang
dinyatakan di atas.

Bagi sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03 -7885 2585 atau merujuk pada laman media sosial Rapid KL untuk maklumat lanjut.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App