SUNGAI BULOH, 3 Disember 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya ingin memaklumkan bahawa satu Pemeriksaan Perakuan Bomba oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor (JBPM Selangor) akan dijalankan di beberapa stesen MRT Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya pada 5 dan 6 Disember 2024.
Inisiatif ini adalah hasil kerjasama bersama JBPM Selangor dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bagi memastikan kesemua sistem pecengah kebakaran yang ada di stesen-stesen MRT ini berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kecemasan dan mengenal pasti protokol keselamatan kebakaran yang berpotensi untuk diperbaiki.
Ini juga adalah usaha yang berterusan daripada semua pihak yang terlibat bagi menyediakan perjalanan dan persekitaran yang selamat untuk pengguna Rapid KL.
Pemeriksaan secara menyeluruh ini akan dilakukan selepas tamat waktu operasi perkhidmatan MRT iaitu bermula jam 12.00 tengah malam sehingga jam 4.00 pagi.
Berikut adalah jadual Pemeriksaan Perakuan Bomba tersebut serta stesen-stesen yang terlibat: –
Penduduk yang tinggal di kawasan sekitar stesen terlibat dinasihatkan agar tidak khuatir apabila mendengar penggera kebakaran dibunyikan. Ia adalah sebahagian dari aktiviti Pemeriksaan Perakuan Bomba yang dijalankan oleh pihak operasi pada lokasi, tarikh dan waktu yang dinyatakan di atas.
Bagi sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03 -7885 2585 atau merujuk pada laman media sosial Rapid KL untuk maklumat lanjut.