Search
Close this search box.

MRT LALUAN PUTRAJAYA DIBUKA SEPENUHNYA

#JomNaikMRT

Fakta Ringkas

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya akan mula beroperasi sepenuhnya pada jam 3 petang 16 Mac ini! Laluan MRT kedua Lembah Klang ini akan bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral dan bakal memberikan manfaat kepada dua juta pengguna di sepanjang laluannya.

Keseluruhan Laluan Putrajaya akan merangkumi 57.7 km terdiri daripada 36 stesen meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.

Laluan ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta dengan jumlah 5,870 ruang parkir.

Maklumat lanjut mengenai waktu operasi stesen dan kekerapa boleh didapati dari pautan ini: MRT Laluan Putrajaya

Manakala untuk khidmat Bas Perantara, dapatkan maklumat di sini: Bas Perantara MRT Putrajaya

Stesen Pertukaran dan Sambungan

Stesen Dengan Tempat Letak Kereta

Terdapat 17 stesen dengan Tempat Letak Kereta atau kemudahan ‘Park N Ride’ di sepanjang Laluan MRT Putrajaya.

5,878 petak parkir kereta disediakan selain lebih 800 petak parkir motosikal tersedia.

Bayaran (seharian) parkir kereta untuk kemudahan yang disediakan oleh MRT Corp adalah RM 4.30.

Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya

KLIK visual untuk besarkan.

Khidmat Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 akan meliputi 350 KM jarak perjalanan melalui 31 laluan.

Pembayaran tambang adalah secara nirtunai (cashless) bermula dari RM1.00 sehingga RM 2.40 mengikut laluan. 50% diskaun tambang juga diberikan untuk pengguna Kad Konsesi MyRapid.

Info lanjut hentian-hentian bas boleh didapati dari pautan ini: Bas Perantara MRT Putrajaya

Language:

Search