Search
Close this search box.

_

PELANCARAN WAJAH BAHARU BAS PERANTARA LRT

KUALA LUMPUR, 3 September 2020 – Rapid Bus Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad dan pengendali operasi perkhidmatan bas Rapid KL, bas perantara LRT dan MRT, pada hari ini telah memperkenalkan penampilan wajah baharu bas perantara LRT bagi 10 laluan terpilih (seperti di bawah).

Dilancarkan oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman di stesen LRT Sri Rampai sebagai satu projek perintis (pilot), inisiatif ini  melibatkan 33 buah bas yang beroperasi sepanjang 10 laluan, penyusunan semula 3 laluan (T221, T250 & T223), penjadualan semula beberapa laluan dan perkongsian maklumat kepada orang ramai (media sosial, aplikasi Google Maps dan Moovit).

Projek ini menampilkan wajah baharu yang menarik perhatian orang ramai dan membolehkan mereka membezakan di antara bas Rapid KL biasa dan bas Perantara LRT. Berdasarkan kejayaan bas perantara MRT yang mempunyai jumlah purata penumpang seramai 1.3 juta orang sebulan, Rapid Bus berharap jumlah purata penumpang harian bas perantara LRT dapat ditingkatkan daripada 963 ribu orang sebulan.

Sehubungan itu, bagi menyokong trend semakin ramai penumpang bas beralih menggunakan perkhidmatan rel selepas pengenalan pas tanpa had My100 dan My30, inisiatif ini berupaya menghubungkan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan rel ke stesen LRT secara efektif.

Rapid KL akan mengumpul maklum balas dan data untuk tujuan perancangan lanjut sekiranya sesuai untuk diperkembangkan bagi laluan-laluan perantara LRT lain.

Untuk jadual bas terkini, sila klik pautan berikut : https://www.facebook.com/pg/myrapid/photos/?tab=album&album_id=3530675706956301

Language:

Search