Search
Close this search box.

_

News: Pra-Pemeriksaan Perakuan Bomba Akan Dijalankan Di Beberapa Stesen MRT Laluan Putrajaya Bermula 1 Hingga 7 Oktober 2024

 KUALA LUMPUR, 30 September 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya ingin memaklumkan bahawa sesi Pra- Pemeriksaan Perakuan Bomba oleh pihak operasi akan dijalankan di beberapa stesen MRT Laluan Putrajaya bermula dari 1 Oktober hingga 7 Oktober 2024. 

Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk sesi Pemeriksaan Perakuan Bomba yang bakal berlangsung pada 14 – 17 Oktober 2024 oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBPM WPKL). 

Inisiatif ini adalah hasil kerjasama bersama Rapid Rail dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) selaku pemilik aset bagi memastikan kesemua sistem pencegah kebakaran yang ada di stesen-stesen MRT ini berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kecemasan dan mengenal pasti protokol keselamatan kebakaran yang berpotensi untuk diperbaiki. 

Ini juga adalah usaha yang berterusan daripada semua pihak yang terlibat bagi menyediakan perjalanan dan persekitaran yang selamat untuk pengguna Rapid KL. 

Pra-pemeriksaan secara menyeluruh ini akan dilakukan selepas tamat waktu operasi perkhidmatan iaitu bermula jam 12.00 tengah malam sehingga jam 4.00 pagi. 

Berikut adalah jadual Pra-Pemeriksaan Perakuan Bomba tersebut serta stesen-stesen yang terlibat: – 

Penduduk yang tinggal di kawasan sekitar stesen terlibat dinasihatkan agar tidak khuatir apabila mendengar penggera kebakaran dibunyikan. Ia adalah sebahagian dari aktiviti Pra-Pemeriksaan Perakuan Bomba yang dijalankan oleh pihak operasi pada lokasi, tarikh dan waktu yang dinyatakan di atas. 

Bagi sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03 -7885 2585 atau merujuk pada laman media sosial Rapid KL untuk maklumat lanjut. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App