Search
Close this search box.

_

News: Perkhidmatan Bas Di Koridor Damansara, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang Pulih Pada Jam 8.45 Pagi

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2022 – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), operator perkhidmatan bas Rapid KL memohon maaf di atas masalah operasi yang berlaku di depot Batu Caves, yang telah menyebabkan perkhidmatan bagi koridor Damansara, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang tergendala buat sementara waktu. 

Perkhidmatan dipulihkan secara berkala seawal jam 7.06 pagi dan beroperasi penuh secara normal pada jam 8.45 pagi. 

“Siasatan dalaman telah dilancarkan serta-merta bagi mengenalpasti punca kejadian agar kami boleh mengelak dan meminimakan risiko ianya berulang di masa hadapan,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rapid Bus hari ini. 

Para penumpang yang terlibat dan mengalami kelewatan urusan masing-masing akibat kesulitan ini diminta menghubungi Rapid KL di talian (03-7885 2585) atau e-mel (suggest@rapidkl.com.my) untuk tujuan pemulihan perkhidmatan atau ‘service recovery’. 

Para penumpang juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi semasa perkhidmatan bas Rapid KL di laman media sosial Rapid KL serta aplikasi PULSE di telefon pintar.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App