Apakah My50 dan faedahnya?
My50 adalah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rapid KL seperti LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan bas pengantara MRT di Lembah Klang.
Manakala di Pulau Pinang, Pas Mutiara My50 juga menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk perkhidmatan bas Rapid Penang khusus untuk warganegara Malaysia.
Tetapi My50 tidak ditawarkan untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.
Di mana pas boleh dibeli?
a) Anda boleh mendapatkan My50 dari Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL di:
- di semua stesyen LRT
- di semua stesyen MRT
- di semua stesyen Monorel
- di semua stesyen BRT
Hab-hab bas terpilih seperti berikut:
- Pasar Seni
- Chow Kit
- KLCC
- Sri Nilam
- Puchong Utama
- Pearl Point
- Sunway Pyramid
- Greenwood
- Seksyen 2 Shah Alam
Untuk pengetahuan semua, permohonan berkaitan dengan My50 hanya dapat dilakukan di Kaunter Khidmat Pelanggan kami.