Tambang PERCUMA MRT Laluan Putrajaya
#JomNaikMRT
Mengenai Kempen
Dari 16 sehingga 31 Mac 2023
Sempena pembukaan penuh MRT Laluan Putrajaya pada 16 Mac 2023, pelanggan boleh menikmati perjalanan percuma (PFR15) di semua laluan Putrajaya Fasa 1 dan 2 beserta penggunaan bas perantara MRT laluan Putrajaya selama (15) lima belas hari bermula jam 3 petang, 16 Mac sehingga 31 Mac 2023, 11.59 malam.
Pelanggan boleh menikmati PFR15 dengan mendapatkan token perjalanan dari mana – mana kaunter LRT, MRT, Monorel dan BRT.
Token tersebut boleh digunakan di mana-mana stesen masuk atau/dan keluar yang melibatkan MRT Laluan Putrajaya untuk perjalanan sehala sahaja.
Untuk Pengguna Touch N Go dan Kad Konsesi MyRapid
Untuk pengguna kad Touch ‘n Go dan kad konsesi pula, anda boleh sentuh kad anda di pintu masuk atau/dan keluar MRT Laluan Putrajaya dan tiada sebarang caj akan dikenakan sepanjang PFR15.
Pelanggan juga boleh menikmati kadar rata di kemudahan LRT dan MRT Park ‘N Ride semasa tempoh PFR15.
Pastikan pas/ kad (My50/ Konsesi/ Touch ‘N Go) disentuh di pintu masuk Park ‘N Ride. Pastikan pas/ kad yang sama juga digunakan untuk perkhidmatan Rapid KL. Sila pastikan baki kad Touch ‘n Go anda mencukupi.
Untuk Pengguna My50
Para pelanggan pas perjalanan Tanpa Had My50 boleh menggunakan pas seperti biasa di sepanjang kempen ini.
Anda boleh membuat pembaharuan baru (30+15 hari) di mana – mana kaunter MRT Laluan Putrajaya selepas pas My50 anda tamat tempoh di antara 1 April hingga 30 April 2023.
Anda akan mendapat 30+15 hari perjalanan tanpa had dengan membayar RM50.00 sahaja.
Soalan-Soalan Lazim
Untuk soalan-soalan lazim dan maklumat lanjut mengenai kempen, cara mendapatkan tambang percuma selain maklumat untuk pengguna My50, klik pautan dibawah:
Terma & Syarat
Sebelum menyertai kempen, mendapatkan tambang percuma dan menggunakan perkhidmatan kami, anda digalakkan untuk membaca terma dan syarat melalui pautan dibawah: