_

MOBILITI KOMUNITI DAN PELAJAR DIPERTINGKAT DENGAN RAPID KL ON-DEMAND

  • Enam (6) zon baharu bermula 15 Mei 2025 
  • Kesalinghubungan untuk komuniti Setia Alam dan Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana 

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2025 – Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, bas perantara MRT/LRT dan Rapid KL On-Demand bakal memperkenalkan lagi enam (6) zon baharu bagi perkhidmatan Rapid KL On-Demand bermula 15 Mei 2025. 

Zon-zon baharu kali ini memberikan fokus terhadap kesalinghubungan antara perkhidmatan rel yang berada sekitar Utara serta Barat Lembah Klang. Antaranya adalah Batu Caves, Rawang, Sungai Buloh serta Setia Alam, yang mana capaian serta pilihan pengangkutan awam agak rendah bagi penduduk sekitar. 

Berita baik juga bagi penduduk sekitar Setia Alam serta para pelajar dari Universiti Teknologi MARA kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana kerana kini lebih banyak pilihan pengangkutan awam yang lebih menjimatkan tersedia untuk para pengguna menuju ke destinasi. 

Enam (6) zon baharu tersebut adalah: 

ZonJumlah VanAplikasi Tempahan
Sg Way – LRT Taman Paramount 3MOBI
KTM Batu Caves – Hab Wira Damai3MOBI
Country Homes Rawang – KTM Rawang 3MOBI
KTM Rawang – Taman Garing2MOBI
UiTM Puncak Alam – Puncak Alam2MOBI
Alam Budiman/Setia Alam – Setia City Mall2MOBI

“Zon kali ini lebih tertumpu kepada kawasan yang mempunyai capaian pengangkutan awam yang rendah bagi membolehkan penduduk sekitar mendapat manfaat dan meningkatkan pengalaman penumpang dalam merancang perjalananan serta capaian batuan pertama dan akhir yang lebih optimum. Kami akan terus meluaskan zon perkhidmatan ini secara berperingkat sehingga penghujung Jun 2025,” kata Ku Jamil Zakaria, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus. 

Sehingga kini, purata harian seramai 3,792 orang pengguna di 41 zon di Lembah Klang telah menikmati manfaat Rapid KL On-Demand, dari segi penjimatan masa, perbelanjaan dan akses ke pengangkutan awam. 

Dengan tambang promosi RM1, perkhidmatan Rapid KL On-Demand menawarkan jaminan tempat duduk yang boleh ditempah setiap hari dari jam 6.00 pagi sehingga 11.30 malam, dan pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan: 

  • Kad Touch ‘n Go
  • Kad Debit/Kredit
  • Kad Konsesi MyRapid
  • Pas OKU Smile 
  • Pas Perjalanan Tanpa Had (My50, MyCity & Pas Famili)

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, boleh melayari laman media sosial rasmi Rapid Penang atau laman web www.myrapid.com.my 

Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App

Language:

Search