Search
Close this search box.

_

MISI PRASARANA MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI MELALUI PENGENALAN myrapidTap

KUALA LUMPUR, 5 November – Selaras dengan misinya untuk membudayakan teknologi dalam pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) – melalui anak syarikatnya, PRIDE, atau Prasarana Integrated Development Sdn Bhd, hari ini mengumumkan kolaborasi dengan syarikat teknologi, Community Marketplace Technology Sdn Bhd (CM.tech) untuk membangunkan aplikasi myrapidTap.

Disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, majlis berkenaan turut dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias; dan Ketua

Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Datin Hajjah Norlia Noah serta Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, Encik Firdaus Effendy Mokhtar.

CM.tech diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Herbert Poh. 

Berucap pada majlis berkenaan, Dato’ Sri Tajuddin berkata rancangan untuk memperkenalkan aplikasi myrapidTap adalah satu lagi daripada inisiatif berterusan daripada pihak Prasarana dan anak-anak syarikatnya untuk

memudahkan lagi orang awam menggunakan pengangkutan awam melalui kemajuan teknologi khususnya menggalakkan sistem pembayaran tanpa tunai. 

Aplikasi myrapidTap akan menjadi satu lagi mod pembayaran alternatif untuk penggunaan perkhidmatan awam kendalian Prasarana, bermula dengan bas perantara Jom Naik MRT, yang dijangka pada awal tahun depan.Penyambungan kemudahan berkenaan kepada perkhidmatan-perkhidmatan Rapid KL yang lain akan diumumkan kemudian. 

Bakal memiliki kemudahan dompet digital, aplikasi myrapidTap ini akan turut dikembangkan untuk meliputi keupayaan untuk perancangan perjalanan bagi

memberi kemudahan kepada warga kota merancang perjalanan mereka.

Selain keselesaan menggunakan aplikasi myrapidTap, para pengguna boleh menggunakan pas perjalanan tanpa had My30, pas perjalanan MyCity, kad Touch ‘n Go dan token perjalanan untuk menggunakan perkhidmatanperkhidmatan

pengangkutan awam Rapid KL, yang meliputi LRT, MRT, monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti di Lembah Klang dan Selangor.

Dalam ucapannya, Herbert berkata dengan kemudahan kesinambungan atau ‘connectivity’ disediakan oleh Prasarana, aplikasi myrapidTap mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi dan aktiviti perniagaan; sekali gus

memanfaatkan perusaahan kecil dan sederhana di sekitar jajaran pengangkutan Rapid KL. 

Katanya, aplikasi myrapidTap boleh didapati di Google Play dan Apple Store.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App