Search
Close this search box.

_

MAKLUM BALAS MENGENAI STATUS PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH LIF DAN ESKALATOR DI STESEN-STESEN REL KENDALIAN RAPID RAIL

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Rapid Rail Sdn Bhd ingin merujuk kepada video yang viral di platform media sosial mengenai kesulitan yang dihadapi oleh pengguna LRT akibat lif dan eskalator yang tidak berfungsi di Stesen LRT Ampang Park.

Rapid Rail ingin memohon maaf dan turut merasa kesal di atas isu terjadi sehingga menyebabkan kesukaran pengguna perkhidmatan rel kendaliannya.

Untuk makluman, pihak Rapid Rail sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan pembaharuan permit mesin angkut dan kelulusan untuk lif dan eskalator tersebut beroperasi; ia dijangka dibuka semula untuk kegunaan para penumpang selewat-lewatnya 25 Mei 2022.

Selain dua stesen yang dinyatakan di atas, tahap operasi fasiliti di stesen-stesen Rapid KL adalah 96.5 peratus bagi lif dan 90 peratus bagi eskalator. Masih terdapat fasiliti yang masih belum berfungsi and isu ini disebabkan beberapa faktor, terutamanya kelewatan pembekalan alat ganti akibat penutupan sementara kilang di Shanghai kerana perintah berkurung oleh kerajaan China.

Proses penyelengaraan dan baikpulih akan disiapkan secara berperingkat dan jangkaan tarikh siap sepenuhnya adalah seperti berikut;

Jangkaan tarikh siap ini bergantung kepada keadaan semasa di Shanghai. Tempoh tiga bulan diperlukan bagi proses penghantaran alat ganti dari kilang pembekal ‘original equipment manufacturer’ (OEM) di China dan Rapid Rail sedang memantau rapat pembekal dan kontraktor bagi mempercepatkan perolehan dan pemasangan alat ganti.

Bagi membantu para penumpang yang memerlukan bantuan khusus, pihak operasi akan sentiasa memastikan kakitangan di stesen agar lebih peka tentang keadaaan di pintu masuk dan segera memberikan bantuan.

Para penumpang juga boleh ke kaunter khidmat pelanggan atau berinteraksi dengan pihak Polis Bantuan yang menyelia landasan di stesen berkenaan bagi mendapatkan sebarang bantuan. Rapid Rail amat menghargai maklum balas daripada pengguna setia Rapid KL dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera serta memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua.

Language:

Search