Search
Close this search box.

_

LATIHAMAL PELAN KECEMASAN UNTUK MELIPUTI PENGURUSAN MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR, 11 Disember – Rapid Rail – anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)
yang bertanggungjawab untuk operasi LRT, MRT dan monorel, akan terus memantapkan latihamal Pelan Tindakan Kecemasan atau ‘Emergency Response Plan’ (ERP) perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan termasuk memasukkan elemen pengurusan lambakan hantaran atau ‘posting’ dalam media sosial pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato‟ Ir. Zohari Sulaiman hari ini berkata pihaknya sentiasa peka dengan perkembangan-perkembangan terbaharu yang berkaitan dengan  perkhidmatan rel urban dan sentiasa bersedia menyuntik elemen-elemen baru dalam operasinya untuk memantapkan lagi perkhidmatan yang disediakan. 

“Media sosial adalah elemen yang paling kuat mempengaruhi kehidupan kita sekarang. Ia adalah platform paling popular digunakan oleh orang ramai untuk menyuarakan sesuatu dan untuk berkongsi cerita. Justeru itu, ia perlu diurus dengan baik khususnya dalam menangan i krisis,” kata Zohari, yang menjadi tetamu utama pada sesi ERP Laluan Monorel, yang diadakan pada awal pagi semalam (Ahad, 10 Disember).  

Menurut beliau, latihamal simulasi itu adalah penting untuk menguji dan menilai keberkesanan prosedur piawaian operasi atau „standard operating procedure‟ (SOP); melatih kakitangan untuk mengurus kecemasan, dan meningkatkan kecekapan komunikasi dan kerjasama dengan agensi-agensi penyelamat. 

“Ia juga bagi mengenalpasti kelemahan yang mungkin terdapat dalam SOP agar ianya dapat dikemaskini di samping mempraktikkan koordinasi dalam tindakan kecemasan antara kami  dan agensi penyelamat serta bantuan lain dalam situasi kecemasan,” tambah Zohari.  

Bermula pada 12.30 pagi di kawasan Medan Tuanku dengan bersenariokan tren dan stesen terbakar, latihamal itu turut melibatkan agensi -agensi kecemasan lain termasuk Dewan  Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Di Raja Malaysia (PDRM),  Angkatan Pertahanan Awam, Hospital Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).    

Ia bermula dengan tren empat gerabak yang dalam perjalanan dari Stesen Bukit Nanas ke Stesen Medan Tuanku mengalami litar pintas dalam sistem pendawaiannya sekali gus menyebabkan kebakaran dalam tren. Kapten tren terus memaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi di Brickfields dan meneruskan perjalanan ke Stesen Medan Tuanku untuk mengeluarkan penumpang.  

Api, bagaimanapun, merebak dengan pantas dan sekaligus menyebabkan stesen terbakar. Kapten tren melaporkan kebakaran tren kepada Pusat Kawalan, yang serta merta  mengaktifkan Kod Kecemasan Red-Foxrot melalui radio komunikasi sekali gus memaklumkan kepada agensi-agensi tindakan kecemasan. „Insiden‟ itu menyebabkan dua penumpang  meninggal dunia kerana sesak nafas dan lapan lagi cedera termasuk seorang ibu mengandung. 

“Simulasi yang dilakukan untuk latihamal ini adalah adaptasi kepada satu insiden sebenar yang berlaku pada perkhidmatan monorel di sebuah negara luar. Tren musnah teruk dan sebahagian besar stesen turut terbakar. Justeru, kami mengambil senario ini untuk menguji kesiap-siagaan staf dan kakitangan serta fasiliti di stesen di samping jalinan sokongan daripada agensi-agensi kecemasan. 

“Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan prestasi semua yang terlibat dalam latihamal ini. Bagaimanapun, kita perlu sentiasa mempertingkatkan lagi persiapan bagi memastikan kami bersedia untuk apa jua kemungkinan,” tambah Zohari.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App