KUALA LUMPUR, 18 November 2019 – Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali sistem rel transit akan melanjutkan waktu perkhidmatan di Stesen LRT Bukit Jalil pada 19 November 2019 (Selasa), sehingga jam 1.00 pagi sempena perlawanan di antara pasukan Malaysia dan Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.
Tiga laluan bas Rapid KL akan dilanjutkan perkhidmatan dimana bas terakhir akan berlepas pada jam 1 pagi. Laluan yang dilanjutkan adalah seperti berikut;
Untuk mengelak dari kesesakan di jalanraya, Rapid KL menyarankan warga kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke stadium
pada hari tersebut, serta menggunakan kad Touch ‘N Go atau beli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan yang lebih lancar.
Para pengguna perkhidmatan awam pada malam tersebut juga dinasihatkan untuk menjaga keselamatan masing-masing, dan sila berhubung dengan petugas stesen sekiranya memerlukan bantuan.
Walaubagaimanapun, bagi yang ingin memandu pada malam perlawanan itu nanti, mereka boleh meletakkan kenderaan mereka di stesen-stesen LRT berdekatan dengan stadium yang menyediakan perkhidmatan parkir, antaranya Stesen LRT Muhibbah, Stesen LRT Awan Besar serta Stesen LRT Sri Petaling.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL.