KUALA LUMPUR, 28 Januari 2023 – Operasi Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 2.00 pagi pada malam ini, Sabtu 28 Januari, bagi menampung jumlah penumpang yang dijangka meningkat bersempena dengan beberapa acara yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil.
Operasi kesemua stesen akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.
Manakala, operasi bas Rapid KL bagi laluan – laluan yang terpilih akan dilanjutkan sehingga 2.30 pagi.
Laluan bas Rapid KL adalah seperti berikut: –
Berikutan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya, para penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil. Sila rujuk gambarajah yang tertera dibawah: –
Bagi mengelakkan kesesakan, para penumpang juga dinasihatkan agar terus membeli token perjalanan pulang sebaik sahaja tiba di Bukit Jalil, ataupun menggunakan kad Touch ‘n Go. Sila pastikan baki kad mencukupi.
Keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami. Anggota Polis Bantuan tambahan akan ditempatkan di stesen-stesen utama bagi mengawal pergerakan penumpang.
Pihak Prasarana meminta penumpang agar mematuhi peraturan ketika menggunakan perkhidmatan rel dan bas, termasuk sentiasa memakai pelitup muka.
Kami memohon maaf di atas kesulitan akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya.