Search
Close this search box.

_

 LANJUTAN OPERASI BEBERAPA STESEN BRT TERPILIH

SUBANG JAYA, 5 Jun 2024 – Operasi perkhidmatan stesen BRT Laluan Sunway terpilih kendalian Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi pada 8, 15 dan 22 Jun 2024 bersempena sebuah acara yang akan berlangsung di Sunway Lagoon pada tarikh-tarikh tersebut. 

Stesen-stesen BRT tersebut adalah seperti berikut: – 

  • Stesen BRT Sunway Lagoon
  • Stesen BRT SunMed
  • Stesen BRT SunU-Monash
  • Stesen BRT South Quay

Lanjutan operasi stesen-stesen tersebut adalah bagi memudahkan pengguna yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas dengan meletak kenderaan mereka di kawasan parkir berhampiran dan menggunakan perkhidmatan BRT untuk menghadiri acara di Sunway Lagoon tersebut.

Operasi perkhidmatan stesen-stesen BRT yang lain akan ditutup mengikut jadual biasa.

Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go dan memastikan mempunyai baki yang mencukupi bagi memudahkan perjalanan. 

Language:

Search