Search
Close this search box.

_

LALUAN KELANA JAYA ALAMI GANGGUAN PERKHIDMATAN, BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan sementara pagi ini ekoran masalah bekalan kuasa elektrik di dua ‘Traction Power Sub Station’ (TPSS) di Stesen Taman Jaya dan Stesen Universiti pagi ini.

“Bekalan kuasa terputus pada pukul 8.36 pagi; sekali gus menyebabkan perkhidmatan tren mengarah ke Putra Heights di Stesen Taman Jaya terhenti sementara. Bekalan kuasa dapat dikembalikan pada pukul 8.48 pagi,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Rapid Rail, yang merupakan operator untuk perkhidmatan berkenaan.

Menurut kenyataan berkenaan, siasatan awal menunjukkan bahawa insiden berlaku selepas pemutus litar ‘circuit breaker’ terputus; sekali gus menyebabkan bekalan elektrik terputus dan tren kehilangan kuasa untuk bergerak.

“Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggan khususnya mereka yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja pada masa itu. Pihak kami akan terus meningkatkan lagi kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan aset-aset kami untuk memastikan perkhidmatan yang sebaik mungkin untuk pelanggan,” tambah kenyataan itu.

Language:

Search