Search
Close this search box.

_

KEROSAKAN TIDAK BERPUNCA DARIPADA BAS RAPID KL

Petaling Jaya, 5 Jun – Susulan sebuah video yang telah tular di media sosial sejak semalam, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) selaku operator perkhidmatan bas Rapid KL ingin menegaskan bahawa kerosakan yang telah berlaku pada kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang di parkir di tepi jalan tersebut adalah tidak berpunca daripada bas Rapid KL. 

“Semasa melalui jalan terbabit, bas kami terpaksa dipandu dengan kelajuan yang sangat perlahan kerana laluan tersebut agak sempit. Ini disebabkan oleh kenderaan lain yang telah meletakkan kenderaan mereka di ruangan larangan parkir, sehingga menghalang laluan pengguna lain. Kami mendapati kenderaan jenis Toyota Vellfire tersebut telah rosak sewaktu bas kami ingin melepasi kawasan itu,” jelas wakil Rapid Bus. 

Language:

Search