Search
Close this search box.

_

KEROSAKAN TEKNIKAL LANDASAN BERHAMPIRAN STESEN PWTC JEJAS JADUAL PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG/SRI PETALING

-Perkhidmatan tren alternatif di antara Stesen Sultan Ismail dan Stesen Sentul Timur diaktifkan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2024 – Rapid Rail ingin memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling sedang mengalami kelewatan disebabkan kerosakan teknikal pada landasan berhampiran Stesen PWTC yang dilaporkan berlaku pada jam 9.58 pagi.

Hasil siasatan awal mendapati kerosakan teknikal berpunca daripada kebakaran kecil pada salah satu komponen di landasan.

Pasukan kejuruteraan Rapid Rail sedang berada di lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih untuk mengembalikan operasi normal secepat mungkin.

Pasukan Bomba dan Polis telah tiba di lokasi kejadian pada jam 10.15 pagi untuk melakukan kawalan dan pemantauan.

Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif bagi membolehkan pengguna meneruskan perjalanan seperti berikut:

• Tren perantara di antara Stesen Sultan Ismail dan Stesen Sentul Timur.
• Tren dari Stesen Ampang dan Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Sultan Ismail.

Untuk sebarang bantuan, sila rujuk pegawai stesen dan anggota polis bantuan yang bertugas.

Sila layari laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat berkenaan status perkhidmatan terkini.

Pihak Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi dan terima kasih di atas kesabaran para penumpang.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App