Search
Close this search box.

_

KEROSAKAN KOMPONEN SISTEM PIES LRT LALUAN KELANA JAYA BERJAYA DIATASI, RAPID RAIL KINI GIAT MENANGANI ISU BERKAITAN OPERASI.

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2023 – Rapid Rail Sdn Bhd ingin memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang berlaku pada jam 6.38 petang semalam yang berpunca daripada gangguan pada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang atau ‘Passenger Intrusion Emergency Stop’ (PIES) yang berlaku di Stesen LRT Taman Bahagia telah berjaya diatasi pada jam 9.40 malam semalam.

Gangguan ini berpunca daripada salah satu komponen “PIES” yang telah tersangkut di bawah tren bernombor 63 sehingga menyebabkan tren tersebut terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.

Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara bagi membawa penumpang yang terjejas di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Asia Jaya.

Sebagai langkah mitigasi, Rapid Rail kini sedang giat menjalankan kerja-kerja penambahbaikan ke atas beberapa isu-isu lain yang terjadi sejak kebelakangan ini supaya ianya dapat dielakkan di masa hadapan.

Antara penambahbaikan yang sedang dijalankan adalah menaik taraf sistem persemboyanan LRT dan sistem “PIES”.

Langkah penambahbaikan ini adalah untuk memastikan keselamatan dan keselesaan para pengguna dan seterusnya memberi perkhidmatan yang berkualiti untuk pengguna pengangkutan awam.

Language:

Search