Search
Close this search box.

_

KERJA BAIKPULIH SISTEM SEMBOYAN YANG DIPANAH PETIR SELESAI

Kerosakan Telah Menjejaskan Perkhidmatan Laluan Kelana Jaya Di Antara Stesen Taman Melati dan Stesen Gombak

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2023 – Kerosakan kepada komponen sistem semboyan yang dipercayai dipanah petir telah mengakibatkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara stesen Taman Melati dan stesen Gombak petang semalam.

Gangguan yang dilaporkan berlaku pada jam 6.56 petang itu telah menyebabkan semua tren terpaksa bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform serta mengakibatkan masa menunggu tren bertambah kepada lebih daripada 15 minit. 

Para jurutera dan pegawai teknikal telah segera melaksanakan kerja-kerja mengenalpasti punca kerosakan serta membaikpulih.

Masalah telah berjaya diatasi dan sistem telah pulih sepenuhnya pada jam 1.33 pagi. Beberapa siri ujian telah dilakukan bagi memastikan sistem adalah stabil dan selamat untuk beroperasi.

Sistem semboyan tersebut akan dipantau bagi memastikan kestabilan operasi.

Ketika gangguan perkhidmatan tersebut, anggota Polis Bantuan dan petugas stesen telah ditempatkan di platform dan kawasan ruang legar stesen bagi membantu pergerakan penumpang dan mengawal kesesakan.

Pengumuman telah dibuat dari masa ke semasa menerusi saluran media sosial Rapid KL dan juga melalui pengumuman di stesen. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh para penumpang ketika tempoh gangguan tersebut dan berterima kasih diatas kesabaran.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App