Search
Close this search box.

_

KEMASKINI PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG: RAPID BUS MENDAPAT SOKONGAN DBKL BAGI MELANCARKAN PERJALANAN BAS

KUALA LUMPUR, 2 Februari 2023 – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), selaku pengendali perkhidmatan bas berhenti-henti dan perantara di Lembah Klang, telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi melancarkan perjalanan perkhidmatan bas. Sokongan ini akan diaktifkan bermula waktu puncak petang ini. 

Ini adalah hasil perbincangan dalam usaha membantu melancarkan perjalanan bas perantara yang menyokong perkhidmatan alternatif LRT Laluan Ampang, terutama sekali laluan di antara stesen LRT Hang Tuah dan stesen LRT Bandaraya. 

Sokongan yang diberikan adalah seperti berikut: – 

Laluan bas khusus di waktu puncak 

o Pihak DBKL bersetuju untuk meletakkan kon-kon di laluan lorong paling kiri di Jalan Raja Laut untuk kegunaan bas perantara LRT. 

Kebenaran untuk melalui jalan yang ditutup semasa waktu puncak

o DBKL bersetuju untuk hanya membenarkan bas-bas kendalian Rapid KL untuk melalui jalan Tun Perak sekiranya jalan tersebut ditutup kepada lalulintas ketika waktu puncak. o DBKL juga bersetuju untuk menempatkan penguatkuasa di lampu isyarat Jalan Tun Perak dan Bulatan Dato’ Onn dengan sokongan anggota Polis Bantuan Prasarana di lokasi tersebut. 

Pemasangan khemah sementara di stesen LRT dan hentian bas 

o Pihak DBKL telah membenarkan pemasangan khemah-khemah di stesen-stesen LRT 

Pihak Rapid Bus ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan tambahan yang diberikan oleh pihak DBKL bagi kemudahan dan keselesaan pengguna yang terkesan akibat daripada gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya. 

Language:

Search