Search
Close this search box.

_

KEMASKINI GANGGUAN PERKHIDMATAN LRT LALUAN KELANA JAYA: PERKHIDMATAN KEMBALI PULIH SEPENUHNYA PADA JAM 9.51 MALAM

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2023 – Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan di lima stesen bawah tanah di antara Stesen LRT Ampang Park dan Stesen LRT Masjid Jamek telah kembali beroperasi setelah masalah bekalan kuasa telah dipulihkan pada jam 9.51 malam ini.

Siasatan awal mendapati, gangguan berpunca daripada salah satu kabel tidak dapat menyalurkan bekalan kuasa ke stesen-stesen bawah tanah.

Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan insiden ini berlaku agar ianya dapatkan dielakkan pada masa hadapan.

Bagi menampung penumpang yang terjejas, perkhidmatan tren perantara telah disediakan diantara Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT Dang Wangi.

Perkhidmatan bas perantara percuma juga turut disedia melibatkan 8 buah bas di antara Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT Dang Wangi.

Anggota Polis Bantuan dan petugas stesen juga telah ditempatkan di platform dan kawasan ruang legar stesen bagi membantu pergerakan penumpang.

Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pengguna akibat daripada gangguan ini.

Language:

Search