_

KELEWATAN JADUAL PERKHIDMATAN LALUAN KELANA JAYA

-Perkhidmatan tren alternatif diaktifkan

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2025 – Rapid Rail ingin memaklumkan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya sedang mengalami kelewatan jadual buat masa ini berikutan daripada gangguan pada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang atau ‘Passenger Intruder Emergency System (PIES) yang teraktif (activated) secara tiba-tiba di Stesen Abdullah Hukum.

Kejadian ini telah menyebabkan sebuah tren bernombor 72 terkandas di stesen tersebut.

Buat masa ini, pasukan kejuruteraan Rapid Rail sedang berada di lokasi bagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif bagi melancarkan perjalanan pengguna yang terkesan seperti butiran berikut:

• Tren dari Putra Heights akan bergerak seperti biasa ke Gombak tetapi berhentilebih lama di setiap stesen.
•⁠ Tren dari Gombak ke Putra Heights akan melalui (Platform 1) di stesenAbdullah Hukum, Kerinchi dan Universiti sebelum memasuki (Platform 2) diTaman Jaya.

Pengumuman di stesen dan dalam tren turut dibuat secara berkala.

Pengguna disarankan untuk merujuk kepada pegawai stesen dan polis bantuan sekiranya memerlukan sebarang bantuan.

Sila layari laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat berkenaan status perkhidmatan terkini.

Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App

Language:

Search