-Perkhidmatan tren alternatif diaktifkan
KUALA LUMPUR, 22 Mac 2025 – Rapid Rail ingin memaklumkan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya sedang mengalami kelewatan jadual pada pagi ini berikutan daripada gangguan mekanikal pada salah satu komponen landasan berhampiran Stesen KLCC.
Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif bagi melancarkan perjalanan pengguna yang terkesan seperti butiran berikut:
- Tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Masjid Jamek
- Tren perantara di antara Masjid Jamek ke KLCC (Platform 1)
- Tren dari Gombak akan berpatah balik di KLCC
Pengumuman di stesen dan dalam tren turut dibuat secara berkala. Pengguna disarankan untuk merujuk kepada pegawai stesen dan polis bantuan sekiranya memerlukan sebarang bantuan. Sila layari laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat berkenaan status perkhidmatan terkini.