Search
Close this search box.

_

KEJADIAN MONOREL: TINDAKAN PANTAS PEMANDU MONOREL MENGAWAL KEADAAN

 Perkhidmatan Laluan Monorel Beroperasi Seperti Biasa 

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2023 – Rapid Rail Sdn Bhd ingin mengesahkan terdapat kebakaran kecil pada salah satu tayar tren monorel bernombor 23 yang sedang dalam perjalanan menghala ke Titiwangsa. 

Kejadian yang dilaporkan pada jam 12.46 tengah hari ini berlaku apabila pemandu tren menyedari terdapat kepulan asap yang keluar dari sisi tren ketika menghampiri Stesen Chow Kit. Sebagai langkah keselamatan, semua penumpang telah diminta turun di stesen berkenaan dan tren tersebut segera ditamatkan perkhidmatan. 

Tren tersebut telah dibawa ke “end track” di Stesen Titiwangsa bagi tujuan pemeriksaan oleh pihak teknikal. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kebakaran kecil di pada salah satu tayar. 

Kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.03 petang. Akibat daripada kebakaran ini, serpihan tayar berkenaan telah jatuh ke atas jalan raya namun tiada berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan. 

Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan dan mencari punca yang menyebabkan berlakunya insiden ini. 

Tindakan pantas pemandu tren mengeluarkan penumpang di stesen telah mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini. Langkah ini juga berjaya mengelakkan berlaku sebarang gangguan kepada perkhidmatan. Ketika kejadian, jadual perkhidmatan Laluan Monorel beroperasi seperi biasa.

Pemandu tren Rapid KL telah dilatih untuk mengendalikan situasi kecemasan atau luar jangka seperti tindakan segara mengosongkan tren sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda amaran atau abnormal. 

Language:

Search