_

KEJADIAN DI STESEN TITIWANGSA MENJEJASKAN JADUAL PERJALANAN LALUAN AMPANG/SRI PETALING

  • Tiada perkhidmatan tren di Stesen PWTC, TItiwangsa, Sentul dan Sentul Timur buatsementara waktu.
  • Perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan diantara stesen –stesen tersebut.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2025 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali kepada perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling ingin mengesahkan seorang penumpang telah terjatuh di kawasan landasan di Stesen LRT Titiwangsa pada pagi ini.

Sebagai langkah keselamatan, pihak operasi telah menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen tersebut bagi memberi laluan pada pihak Polis, BOMBA dan pasukan ambulans yang sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

Susulan kejadian tersebut, tiada perkhidmatan tren di stesen PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur buat sementara waktu. Perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan bagi menyokong operasi.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada Pegawai Stesen dan Polis Bantuan di stesen – stesen berkenaan.

Sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.

Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian tersebut dan akan memastikan perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling kembali seperti biasa secepat mungkin. Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat daripada kejadian dan kelewatan perjalanan yang berlaku pada pagi ini.

Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App

Language:

Search