Search
Close this search box.

_

KEBAKARAN BAS TAMAN SEPUTEH: KAPTEN BAS AMBIL LANGKAH PANTAS TURUNKAN PENUMPANG

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2024 – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) ingin mengesahkan kejadian kebakaran bas yang berlaku pada pagi ini berhampiran hentian bas Komersial Taman Seputeh sekitar jam 8.00 pagi, melibatkan sebuah bas Rapid KL laluan 640.

Ketika kejadian, Kapten Bas mengambil keputusan pantas untuk memberhentikan bas dan menurunkan penumpang sebagai langkah keselamatan apabila terlihat asap dari bahagian belakang bas. Ketika kejadian, terdapat tujuh (7) orang penumpang di dalam bas.

Pihak bomba telah dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 8.16 pagi. Kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba dan kenderaan membawa balik (kembalik) juga telah dihubungi untuk menunda bas terbabit.

Penumpang dan Kapten Bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pihak Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian ini dan akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak bomba dan polis bagi menjalankan siasatan sepenuhnya.

Language:

Search