Search
Close this search box.

_

KEBAKARAN BAS DI JALAN AMPANG: KAPTEN BAS MENGAWAL API DARIPADA MEREBAK 

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2024 – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) ingin mengesahkan kejadian kebakaran bas yang berlaku pada pagi ini di Jalan Ampang berhadapan pusat membeli belah Great Eastern sekitar jam 10.52 pagi, melibatkan sebuah bas Rapid KL laluan 303 (Taman Mulia Jaya-Lebuh Ampang).

Ketika kejadian, Kapten Bas terbabit telah melihat asap yang datang dari bahagian belakang bas, dan mengambil keputusan pantas untuk memberhentikan bas bagi menurunkan penumpang serta cuba mengawal api daripada merebak menggunakan pemadam api yang terdapat di dalam bas. Pemandu bas Rapid KL telah dilatih untuk mengendalikan situasi kecemasan atau luar jangka seperti ini.

Pihak bomba telah dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 10.56 pagi. Kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya tidak lama selepas itu.

Ketika kejadian, terdapat enam orang penumpang di dalam bas. Kapten Bas dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan, dan tiada kerosakan pada harta benda awam. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pasukan forensik bomba juga berada di lokasi bagi menjalankan siasatan awal ke atas kejadian ini. Bas tersebut tertelah ditunda balik ke depoh pada jam 12.08 tengah hari.

Pihak Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian ini dan akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan sepenuhnya ke atas punca kebakaran. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App