KUALA LUMPUR, 20 Jun – Rapid KL selaku pengendali sistem pengangkutan awam utama di Lembah Klang hari ini memperkenalkan pendaftaran kad konsesi MyRapid TnG secara atas talian.
Bermula hari ini juga, permohonan kad konsesi pelajar secara manual di Pusat Konsesi Hab Bas Pasar seni akan dihentikan. Semua pemohanan kad konsesi pelajar mesti dilakukan secara atas talian.
Bagi orang kurang upaya dan wargaemas yang tidak mempunyai akses internet atau memerlukan bantuan khusus, masih boleh mendaftar secara manual.
Kad konsesi MyRapid TnG adalah kad nilai simpan yang menawarkan tambang diskaun 50 peratus kepada golongan yang layak untuk menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL, LRT, Monorel, MRT dan bas pengantara MRT.
Pengguna yang layak hanya perlu layari portal myrapid.com.my dan mendaftar sebagai ahli. Seterusnya sila pilih menu permohonan kad konsesi mengikut kategori. Golongan yang layak memohon kad konsesi adalah;
- Pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur 7 hingga 17 tahun.
- Penuntut kolej/university yang berumur 18 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas
- Orang kurang upaya (OKU)
Pemohon perlu menyediakan gambar digital berukuran passport dan berlatar belakang biru. Bagi pelajar sekolah rendah atau menengah, gambar mesti dalam berpakaian uniform.
Dokumen pengesahan diri perlu disertakan mengikut kategori pemohon. Penuntut universiti atau kolej mesti menyertakan kad pengenalan, passport bagi bukan warganegara, kad pelajar dan surat pengesahan akademik.
Bagi golongan OKU, kad pengenalan serta kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu disertakan ketika proses pendaftaran.
Kad kredit/debit yang sah atau akses kepada portal perbankan dalam talian diperlulkan untuk bayaran yuran kad yang berharga RM15.
Pemohon disaran untuk baca terma dan syarat sebelum memulakan pendaftaran.
Proses pendaftaran secara atas talian ini mengambil masa selama 5 hari bekerja. Pemohon boleh memilih untuk memungut kad konsesi mereka mengikut lokasi yang telah dipilih.
Terdapat 4 pusat pungutan kad konsesi yang disediakan, iaitu di Pusat Konsesi Hab Bas Pasar Seni, Stesen LRT Hang Tuah, Stesen BRT Sun U Monash dan Stesen MRT Bandar Tun Hussien Onn.
Sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi kami menerusi akaun media sosial Rapid KL atau talian khidmat pelanggan kami di 03-7885 2525.