Search
Close this search box.

_

#JOMNAIKVAN KE PARLIMEN – PERKHIDMATAN ALTERNATIF MUDAH BAGI KELANCARAN PERJALANAN

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2024 – Bersempena dengan pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat bagi tahun 2024, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan mengoperasikan perkhidmatan van perantara (T851) percuma antara KL Sentral dan Parlimen bermula 24 Jun hingga 18 Julai 2024.

Perkhidmatan T851 ini adalah perkhidmatan alternatif demi kemudahan dan kelancaran perjalanan bagi mereka yang mempunyai urusan di Bangunan Parlimen, selain untuk mengelak kesesakan ruang meletak kereta di perkarangan Parlimen. Perkhidmatan ini juga memberi peluang kepada pengguna untuk merancang masa perjalanan mereka.

Perkhidmatan van percuma ini akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 7.00 pagi hingga 8.00 malam dengan kekerapan setiap 30 minit pada waktu puncak (7.00 pagi hingga 11.00 pagi / 4.00 petang hingga 8.00 malam) dan setiap 60 minit diluar waktu puncak mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Van perantara percuma ini akan mengambil penumpang di Balai Pelepasan ERL KL Sentral dan juga dari Taman Botani Perdana (berhampiran tempat letak kereta bertingkat) untuk ke Bangunan Parlimen, meliputi laluan sepanjang 5 kilometer dan mengambil masa 15 minit.

Rapid Bus menjemput semua pihak yang mempunyai urusan di Bangunan Parlimen untuk memanfaatkan perkhidmatan van percuma ini. Bagi maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini, sila layari laman web dan media sosial Rapid KL.

#JomNaikVan ke Parlimen! 

Language:

Search