Search
Close this search box.

_

#JomNaikBas PUSING-PUSING BANDARAYA KUANTAN!

KUANTAN, 30 Oktober 2023 –Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan bas Rapid Kuantan, akan memperkenalkan laluan perkhidmatan percubaan untuk bandaraya Kuantan.

Perkhidmatan percubaan laluan T201 (Pusat Bandaraya Kuantan) akan mula beroperasi selama tiga (3) bulan mulai 1 November 2023 sehingga 31 Januari 2024.

Perkhidmatan ini akan beroperasi pada setiap hari dari jam 6:00 pagi sehingga jam 10:00 malam dengan kekerapan setiap 10 minit.

Laluan ini memudahkan pengguna untuk bergerak di sekitar bandaraya Kuantan. Sebagai contoh, perjalanan dari Kuantan Parade ke Hentian Bandar akan mengambil masa 11 minit, manakala dari Hentian Bandar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan akan mengambil masa 25 minit.

Butiran hentian laluan tersebut adalah seperti berikut:

Tambang bagi perkhidmatan ini adalah antara RM0.90 hingga RM1.70 untuk perjalanan sehala tertakluk kepada lokasi naik/turun. Penumpang boleh membayar tambang menggunakan tunai, Kad Konsesi MyRapid, atau kad Touch n’ Go.

Ku Jamil Zakaria, Ketua Pegawai Operasi, Rapid Bus berkata, “Kami menjemput lebih ramai warga Kuantan untuk menggunakan perkhidmatan T201 ini, sebagai mod pengangkutan pilihan utama mereka ke destinasi di sekitar bandaraya Kuantan.”

“Kadar tambang yang murah dan serta menjimatkan ini dapat membantu meringankan perbelanjaan harian mereka, kerana mereka tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk petrol serta bayaran parkir. Dengan menaiki pengangkutan awam, orang ramai juga boleh menyumbang kepada pengurangan pengeluaran gas karbon di bandaraya Kuantan. Jangan tunggu lagi. Jom naik bus pusing-pusing bandaraya Kuantan!”, tambah beliau.

Disamping itu, pelaksanaan sistem pembayaran tambang tanpa tunai melalui penggunaan Kad Touch N’ Go di Rapid Kuantan juga akan diperkenalkan mulai 1 November 2023. Ini sejajar dengan usaha Rapid Bus untuk menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Kuantan serta memberi kemudahan kepada para pengguna.

Untuk maklumat terkini berkenaan perkhidmatan bas Rapid Kuantan, sila layari facebook.com/rapidkuantan

Language:

Search