- Diskaun 25% ke atas penggunaan token dan kad Touch ‘n Go ke/dari LRT Bukit Jalil pada 8 hingga 10 Disember 2023
- Perkhidmatan bas perantara percuma disediakan ke/dari Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 hingga 10 Disember 2023
KUALA LUMPUR, 6 Disember 2023 – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), selaku pemilik serta pengendali perkhidmatan rel dan bas terbesar negara, menjemput orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan Rapid KL ke Bukit Jalil pada 8-10 Disember 2023 ini untuk ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.
Sehubungan dengan itu, pihak Prasarana akan melaksanakan beberapa insentif bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam untuk ke program tersebut.
Para penumpang akan menikmati diskaun sehingga 25% ke atas penggunaan token dan Touch ‘n Go sahaja bagi penumpang yang menggunakan perkhidmatan rel dan BRT ke/dari Stesen LRT Bukit Jalil.
Semua penumpang yang membeli token atau yang menggunakan kad Touch ‘n Go untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil atau dari Stesen LRT Bukit Jalil untuk pulang layak menikmati diskaun tersebut.
Diskaun ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan pas-pas perjalanan serta kad-kad konsesi sedia ada.Perkhidmatan bas perantara percuma ke pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil juga akan disediakan. Sebanyak 10 buah bas akan disediakan bagi perkhidmatan tersebut. Jadual perjalanan adalah seperti berikut: –
Pihak Prasarana ingin mengingatkan penumpang untuk mematuhi etika penggunaan pengangkutan awam, termasuk larangan makan dan minum di dalam tren dan juga bas. Penggunaan kad Touch ‘n Go dengan baki sekurang-kurangnya RM10 amatlah digalakkan bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan masuk dan keluar stesen.
Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Untuk makluman lanjut, sila gunakan aplikasi PULSE atau layari media sosial rasmi Rapid KL serta laman web www.myrapid.com.my.