Search
Close this search box.

_

 JOM NAIK BAS RAPID KL KE MOTOGP 2024

Perkhidmatan bas ke Litar Antarabangsa Sepang 

 KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2024 – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), selaku Penyedia Rasmi Perkhidmatan Bas ke MotoGP Malaysia 2024 akan menyediakan perkhidmatan bas ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk acara sukan berprestij Petronas Grand Prix of Malaysia 2024 yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 November 2024. 

Perkhidmatan bas tersebut adalah daripada tiga lokasi: 

  • Pasar Seni (sambungan perkhidmatan ke LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang) 
  • KLCC (sambungan perkhidmatan ke LRT Laluan Kelana Jaya) 
  • Hab Bas KLIA2 (untuk pengunjung daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2/ KLIA2) 

Tambang untuk tiga laluan tersebut adalah seperti yang tertera di bawah: 

Tiket-tiket untuk menggunakan perkhidmatan bas ini akan dijual mulai 15 Oktober 2024 di lokasi-lokasi seperti berikut: – 

Pembelian tiket juga boleh dilakukan secara atas talian di: shop.myrapid.com.my

Para pengunjung dinasihatkan untuk membeli tiket lebih awal bagi mengelakkan kesesakan semasa beratur ketika membeli tiket pada saat akhir.

Selain itu, Rapid KL juga akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di dalam kawasan SIC ketika acara Petronas Grand Prix of Malaysia 2024 ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, sila layari laman web rasmi www.myrapid.com.my dan melalui saluran media sosial Rapid KL. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App