Search
Close this search box.

_

JADUAL PERKHIDMATAN LRT KELANA JAYA KEMBALI NORMAL PADA JAM 9:06 PAGI 

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd ingin mengesahkan bahawa jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya telah kembali normal pada jam 9:06 pagi tadi.

Perkhidmatan Laluan Kelana Jaya telah mengalami kelewatan jadual perkhidmatan bermula jam 6:54 pagi tadi akibat daripada gangguan suis landasan yang terletak di antara Stesen Kelana Jaya dan Stesen Taman Bahagia.

Susulan daripada itu, tren terpaksa dipandu secara manual di antara stesen tersebut. Ia juga menyebabkan tren-tren yang menghala ke arah Stesen Gombak dan Stesen Putra Heights bergerak lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform.

Anggota Polis Bantuan dan petugas Stesen telah ditempatkan di platform dan kawasan ruang legar stesen bagi membantu melancarkan pergerakan penumpang.

Pengumuman juga telah dibuat melalui laman media sosial dan di stesen untuk makluman penumpang.

Pihak Rapid Rail memohon maaf di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami oleh pengguna. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App