Search
Close this search box.

_

INSIDEN PENCEROBOHAN LANDASAN PUNCA KELEWATAN JADUAL PERJALANAN PERKHIDMATAN LRT LALUAN KELANA JAYA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL ingin memaklumkan bahawa terdapat seorang suspek dipercayai telah menceroboh masuk ke kawasan landasan di antara Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KL Sentral pada 7 Oktober 2024 sekitar jam 7.08 malam.

Kakitangan Pusat Kawalan Operasi telah mengesan suspek menceroboh kawasan landasan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di platform.

Atas faktor keselamatan serta mengikut piawaian standard operasi (SOP), bekalan kuasa terpaksa dimatikan bagi membolehkan Polis Bantuan serta petugas stesen masuk ke kawasan landasan untuk mencari suspek.

Hasil siasatan mendapati, tiada kelibat suspek ditemui setelah pemeriksaan landasan dijalankan beberapa kali oleh kakitangan operasi. Suspek dipercayai telah berjaya melarikan diri tanpa dikesan.

Susulan kejadian tersebut, pasukan Polis Bantuan Prasarana telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Jalan Dang Wangi bagi tindakan selanjutnya.

Perkhidmatan tren Laluan Kelana Jaya telah kembali pulih sepenuhnya pada jam 8.01 malam dan kekerapan perkhidmatan tren diselaraskan secara berperingkat.

Siasatan menyeluruh akan dijalankan bersama pihak berkuasa bagi menyiasat insiden pencerobohan ini agar langkah keselamatan dapat diperkemaskan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang lagi. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App