Search
Close this search box.

_

INSIDEN KEMALANGAN BAS RAPID PENANG DI JALAN TUN SARDON, BALIK PULAU

BALIK PULAU, 1 Ogos- Sebuah bas Rapid Penang terlibat dengan satu kemalangan di Jalan Tun Sardon pagi ini. Dalam kejadian yang berlaku, pada jam 06.41 pagi, sebuah kereta jenis Perodua Kenari berwarna putih yang dinaiki oleh lelaki dan wanita telah berlanggar bahagian hadapan bas Rapid Penang laluan T502. Sebuah motosikal juga terlibat dalam kemalangan tersebut. 

“Walaubagaimanapun, kapten bas berserta seorang penumpang yang berada dalam bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Semua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital yang berdekatan,”menurut kenyataan Rapid Bus. 

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Daerah Timur Laut. 

“Rapid Bus akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan,” tambah kenyataan itu. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App