Search
Close this search box.

_

INSIDEN KEBAKARAN SEBUAH KERETA DI DALAM KOMPLEKS PARKIR BERTINGKAT STESEN LRT GOMBAK

PERKHIDMATAN LRT LALUAN KELANA JAYA TIDAK TERJEJAS

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pemilik dan operator kepada Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Gombak ingin mengesahkan terdapat satu kebakaran kecil yang melibatkan sebuah kereta yang diparkir di aras tiga.

Pihak Bomba dan Penyelamat telah dihubungi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 4.00 petang. Kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Sebagai langkah keselamatan, pihak operator parkir telah menutup sebahagian daripada aras tiga kompleks parkir berkenaan buat sementara waktu.

Insiden ini tidak menjejaskan operasi LRT Laluan Kelana Jaya kerana kejadian berlaku di kompleks parkir yang terletak bersebelahan dengan stesen LRT.

Kemudahan fasiliti ini telah dibuka sepenuhnya pada jam 5.00 petang setelah kerja-kerja memadamkan kebakaran selesai dijalankan.
Pihak Prasarana akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat punca kebakaran tersebut.

Language:

Search