_

INSIDEN DI STESEN PUSAT BANDAR PUCHONG

  • Tiada perkhidmatan tren di Stesen Bandar Puteri, Taman Perindustrian Puchong, Pusat Bandar Puchong dan IOI Puchong Jaya.
  • Perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan di antara stesen-stesen tersebut.

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2025 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling ingin memaklumkan bahawa satu insiden telah berlaku melibatkan seorang penumpang yang terjatuh di kawasan landasan di Stesen Pusat Bandar Puchong pada petang tadi.

Pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan alternatif seperti berikut:

  • Tren dari Stesen Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Puchong Perdana.
  • Tren dari Stesen Sentul Timur akan berpatah balik dari Stesen Kinrara BK5.
  • Bas perantara ulang-alik percuma telah disediakan di antara Stesen Puchong Perdana ke Stesen Kinrara BK5.

Sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.

Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App

Language:

Search