_

INSIDEN BAS TERSANGKUT DI STRUKTUR ATAS TEROWONG

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Sebuah bas Rapid KL laluan 300 (Pandan Indah – Lebuh Ampang) telah terlibat dalam satu insiden dimana ia bergesel dan tersangkut di struktur atas jejambat di terowong Jalan Pudu sekitar jam 2:45 petang hari ini.

Semasa kejadian, tiada penumpang di dalam bas dan Kapten Bas tidak mengalami sebarang kecederaan. Bas terbabit telah berjaya dikeluarkan dari terowong pada jam 5:15 petang.

“Rapid Bus memohon maaf di atas kesulitan yang di hadapi oleh pengguna jalanraya lain, dan akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap insiden ini,” tambah kenyataan itu.

To start a chat with us, simply type "Hi Rapid KL!" (Please note that this WhatsApp link is exclusively for Rapid KL users. To contact Rapid Penang, please use this link: https://myrapid.com.my/bus-train/rapid-penang/ and for Rapid Kuantan, go to https://myrapid.com.my/bus-train/rapid-kuantan)
05:25