Search
Close this search box.

_

INSIDEN BAS RAPID KL BERHAMPIRAN HAB JALAN MUNSHI

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2022 – Sebuah bas Rapid KL Laluan 300 telah terlibat dalam satu kemalangan dengan seorang pejalan kaki berhampiran hab Jalan Munshi Abdullah berhadapan Kompleks Wilayah sekitar jam 2:20 petang tadi. 

Mangsa adalah seorang lelaki berbangsa Cina dalam lingkungan 30-an, yang telah mengalami kecederaan di bahagian muka dan hidung. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans. 

Ketika kejadian terdapat tujuh orang penumpang di dalam bas. Penumpang serta Kapten Bas tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Rapid Bus akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan,” tambah kenyataan itu. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App