Search
Close this search box.

_

INFO: SARANAN JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN DARIPADA RAPID KL

Para pengguna perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dan bas Laluan T774 pada waktu puncak pagi dan puncak petang pada 24 Jun lepas disarankan supaya membuat ujian saringan kesihatan ekoran salah seorang penumpangnya disahkan positif Covid-19.

Penumpang yang bernama S***** menaiki tren dari Stesen LRT Glenmarie pada kira-kira 7 pagi dan turun di Subang Jaya untuk pergi kerja pada hari berkenaan. Beliau kembali menggunakan perkhidmatan LRT untuk perjalanan pulang; dari Stesen Subang Jaya untuk ke Glenmarie pada 7 malam. S***** hanya disahkan positif 27 Jun.

Beliau juga menaiki bas Rapid KL laluan T774 sekitar 6 pagi dari Giant Shah Alam ke Glenmarie dalam perjalanan ke tempat kerja. Manakala pada jam 7 malam beliau menaiki bas laluan sama dari Glenmarie kembali ke Giant Shah Alam.

Para pengguna perkhidmatan Rapid KL diingatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mematuhi SOP sepanjang masa untuk membantu mencegah penularan pandemik Covid-19.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App