Search
Close this search box.

_

Info: Prasarana Tingkat Kekerapan Tren Dan Bas Mulai 1 April

Selaras dengan negara memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ dan pembukaan semula sempadan mulai 1 April ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat pelarasan semula terhadap jadual kekerapan perkhidmatan tren dan bas kendaliannya di Lembah Klang mulai bulan depan bagi memastikan perkhidmatan yang selesa, selamat dan lancar untuk para penggunanya.

Melalui pelarasan berkenaan, perkhidmatan rel akan meningkatkan kekerapan tren untuk kesemua laluannya iaitu Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kajang dan Laluan Monorel Kuala Lumpur berdasarkan kesesuaian masa, hari dan kawasan sama ada berada dalam zon pusat bandar atau ‘Central Business District (CBD).

Bagi menampung jumlah penumpang yang dijangka bertambah mulai 1 April ini, 50 unit bas akan ditambah dalam jadual operasi harian bas Rapid KL bagi memastikan masa menunggu penumpang tidak terlalu lama. Perkhidmatan BRT Laluan Sunway juga akan diselaraskan; selari dengan perkhidmatan rel Rapid KL.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App