Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa bas laluan T789 tidak akan memasuki kawasan UM sepanjang tempoh PKP bermula dari 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Bas akan terus menghala ke Flat PKNS Kerinchi dari LRT Universiti.
Hentian bas yang tidak dilalui:
1) Fakulti Undang-Undang UM
2) Kolej Kediaman Pertama UM
3) Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM
4) Perpustakaan UM
5) Dewan Tunku Canselor UM
Laluan yang terlibat adalah T789. Segala kesulitan amat dikesali.