Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa bas tidak dapat memasuki Universiti Malaya (UM) sehingga 13 Mac disebabkan acara Majlis Konvokesyen dan pemasangan khemah. Bas akan menurunkan penumpang di hentian bas Masjid Ar-Rahman UM, Lingkungan Budi.
Hentian bas yang tidak dilalui:
1) Fakulti Undang-Undang UM
2) Kolej Kediaman Pertama UM
3) Jabatan Bioperubatan UM
4) Perpustakaan UM
5) Dewan Tunku Canselor UM
Laluan yang terlibat adalah T789. Segala kesulitan amat dikesali.