Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan terdapat penutupan jalan di Persiaran Kerjaya menghala Seksyen 13 disebabkan kerja – kerja pembinaan LRT 3. Bas akan dilencong ke jalan Pengaturcara U1/51, Lebuhraya Persekutuan dan susur keluar ke Jalan Subang.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) PAT Square, Persiaran Kerjaya
2) Aiman Motor, Persiaran Kerjaya
3) BMW Glenmarie, Persiaran Kerjaya
4) Shell Malaysia Trading (Opp) Jalan Batu Tiga Lama
5) Petronas Batu 3 (Opp), Jalan Batu Tiga Lama
6) Jejantas KTM Batu Tiga, Jalan Batu Tiga Lama
Laluan yang terlibat adalah T774. Segala kesulitan amat dikesali.