Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa terdapat penutupan jalan di Jalan Sapucahaya disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan yang bermula dari 7 Mac 2024 sehingga 10 Mac 2024. Bas akan dilencongkan melalui Jalan Sri Serdang ke Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang dan kembali ke laluan asal.
Hentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Fakulti Pengajian Alam Sekitar
2) Central Parking UPM
3) Dewan Kompleks Akademik Pusat
4) Pusat Sukan UPM
5) Kolej 14
6) Institut Biosains
7) Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
8) Fakulti Sains
9) Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Laluan terlibat adalah Laluan T586. Segala kesulitan amat dikesali